Saturday, 27 July 2013

GATHERING FAMILY GNY 2013

Dah lama aku tak menulis, bukan tak nak menulis tapi bila nak menulis ada je halangan. :(
Dan ini entry pendek untuk tatapan kalian agar blog ni tak ada lah bersawang sangat ;)

Alhamdulillah.
Aku selamat sampai shah alam hari ni.
Esok aku dan DIA akan bertolak ke puncak jalil untuk gathering kedua family GNY kami.
Syukur Allah izinkan kami berdua pergi program ni,, insyaAllah banyak perkongsian yang akan kami dapat.
Syukur juga sekurang-sekurangnya rindu kami berdua terhadap sesama sendiri terubat.
Aku dapat luangkan masa bersama DIA walaupun hanya beberapa hari. 
Itupun sudah memadai walapun tak dapat ubati rindu kami sepenuhnya.
Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya jarak ini mengajar kami jadi penyabar dan lebih menghargai serta saling menyayangi antara satu sama lain... InsyaAllah.. ;)

aku tak tahu apa sebab aku pilih gambar ni untuk entry kali ni tapi bagi aku ada maksud yang tersurat dan tersirat dan hanya aku yang faham ;)



P/s: Capital R
        sayang, saya sayang dan rindu awak sangat-sangat <3 
       

Wednesday, 17 July 2013

RAMADHAN 2013

Ahlan wa sahlan ya ramadhan! ececeh,, baru nak cakap? padahal hari ni da cukup seminggu da umat islam berpuasa.. huu

Alhamdulillah, aku dapat bertemu lagi dengan ramadhan pada tahun ini dan semoga aku dapat jumpa lagi ramadhan pada tahun yang akan datang, amin! insyaallah.. :)

Tahun ni ramadhan aku lebih bermakna sebab aku dapat berpuasa dengan DIA dari hari first ramadhan  lagi, bukan setakat berbuka tetapi sahur sekali aku dapat masakkan untuk DIA, alhamdulillah ;)

Tahun ni aku belajar macam mana cara dia sahur, aku belajar jadi sabar layan kerenah dia, biasalah kan puasa, so sabar tu memang kena lebih sikit.. hee tapi seriously the best moment in my life bila dapat tengok dia dan dapat kejut dia bangun tidur untuk sahur.. comel sangat2!! dengan merangu dia lagi, haih cair rase..haha 

Tahun ni first time aku dapat bersahur and berbuka kat kampung dia, aku dah pernah datang dah kampung dia, in fact banyak kali dah aku datang, tapi untuk berpuasa kat sana, tahun ni was the first time.. And the feeling was awesome. serious rasa macam aku menantu family tu dah, dengan makcik dia yang manja kan aku sangat-sangat, aku nak apa dia buatkan and belikan jugak, hoho..  aku rasa happy sangat dalam keluarga dia, aku rasa macam dengan keluarga aku sendiri and tak rasa kekok langsung! alhamdulillah.. and jujur aku cakap aku dah tak tahu malu dah kalau balik kampung dia, aku buat macam rumah sendiri and family dia pun tak kesah dah aku nak makan ke aku nak masak ke malah makcik dia sendiri yang mintak aku tolong makcik dia masak.;)

Sekarang ni misi aku nak bawa dia balik rumah aku pulak, mak aku pon dah asyik tanye bila dia nak datang sebab aku selalu cakap aku balik rumah dia so lepas ni ada rezeki aku nak bawa dia balik johor, kenal dengan family aku.. insyaallah.. 

And of course sekarang tengah ramadhan kan? and aku pulak dengan dia 24 jam since aku study week hari tu, fuh, dia punya dugaan mak aih hebat wo kena menahan.. haha tapi kitorang kuat,  so dapat la bertahan, alhamdulillah.. tapi kadang- kadang tu ada la jugak tangan kami ni merayap tak sempat nak gari haha biasalah kan ? hee :p

p/s: tq sayang bagi saya peluang rasa pengalaman berpuasa dengan awak, saya happy sangat2, saya sayang awak sangat2! :D

Friday, 5 July 2013

ALHAMDULILLAH.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah....
Syukur padamu ya Allah
Aku bersyukur dengan nikmat yang kau kurniakan padaku..

Alhamdulillah.
Da lama jugak aku rasa aku tak buat entry.
Untuk bulan 7/2013, ni entry pertama aku.
Since last entry, macam-macam hal, perkara yang berlaku dalam hidup aku.

Minggu lepas aku dan dia baru pulang dari satu program, Getting to Near You 2013.
Program kerjasama antara MAIS and JAKIM.
Alhamdulillah banyak input yang kami dapat dari program ni.
Kami dapat ilmu.
Kami dapat pengalaman.
And paling penting kami dapat Keluarga.
Keluarga baru yang sangat-sangat memahami dan menerima aku dan dia seadanya.
Ukhwah yang terjalin sangat-sangat bernilai walaupun masa pertemuan kami hanya 3 hari, waktu yang sangat-sangat singkat! Tapi ukhwah ini, sillaturrahim ini diharap dapat bawa kami semua menjadi ahli syurga kelak di sana nanti. Mudah-mudahan, InsyaAllah.

Alhamdulillah.
Aku & Dia.
Hubungan kami semakin pulih.
Ya, pulih, menjadi lebih baik.
But, of course, once broken, though the wounds is heal, the scars remain.
Tapi aku bersyukur, dengan macam-macam perkara yang berlaku pada aku dan dia dua tiga minggu ni, Banyak ubah dan ajar aku macam-macam benda.
Aku jadi makin penyabar.
Aku jadi redha and terima takdir dengan hati terbuka.
Aku jadi manusia yang lebih bersyukur dengan kurniaan Allah.
Jadi bersyukur dan lebih menghargai nikmat yang aku dapat.
Alhamdulillah.

Sekarang aku sedar.
Dia adalah anugerah.
Amanah yang Allah beri untuk aku.
Untuk aku pikul.
Untuk aku bimbing dan jaga Dia sebaik mungkin.
Allahuakhbar.
Aku khilaf, Aku terlena selama ini.
Ampunkan aku ya Allah.
Aku mohon moga Allah beri aku kekuatan
Ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk aku terus membawa Dia pulang.
Pulang ke jalan yang diredhai mu Ya Allah.
Amin.

Thursday, 27 June 2013

PENYESALAN & KARMA

Sesal.
Benda yang sedang aku lalui sekarang.
Terlalu banyak penyesalan aku.
Kalau aku coretkan di sini, ah terlalu banyak yang aku ingin ungkapkan.
Dari mana aku patut mula? hmm, biarlah aku mula dengan macam mana hal ini terjadi,
Bagaimana penyesalan ini sekarang menghantui hidupku.
Menjadi momok yang menguasai pemikiranku sekarang.

Aku curang. Ya, aku CURANG.
Curang dengan Dia yang selama ini SETIA dengan aku.
Dia tak pernah menduakan aku.
Malah dia sayang dan percaya kan aku sepenuh hatinya.
Tapi, apa yang aku lakukan?
Aku curang. Aku duakan kasih dia. Aku ragut kepercayaan dia.
Aku sendiri tertanya-tanya mengapa aku sanggup lakukan hal sedemikian.
Dia baik. Dia Setia. Dia penyayang.
Tapi aku robek hati dia. Aku lukakan, aku hiris hatinya.
Sungguh tegar aku.
Aku BENCI dengan driku.

Punca?
Sikap aku sendiri.
Baran.
Ya baran, aku seorang yang panas baran. Kerana baran aku lakukan semua ini.
Aku terlalu ikut kata hati. Aku terlalu pentingkan diri. Aku terlalu inginkan kebebasan, kononya!
Tapi keinginan aku yang bodoh inilah yang telah meragut kebebasan aku sebenarnya sekarang.

Dia?
Dia penuh tabah lalui liku-liku hidup, sisi hitam yang aku cipta dalam hidup dia.
Aku rampas kebahagiaan dia.
Tetapi dia tak mengalah. Tak pernah.
Malah dia masih mencintai aku. Menyayangi aku setulus hati dia.
Allah. Sungguh mulia hatimu.
Aku malu pada kau. Aku malu dengan diriku sendiri yang perangainya seperti;
Iblis. Binatang.
Dia terima aku kembali.
Ya, Aku yang hina ini, yang hitam hatinya, yang busuk, yang kotor hatinya ini, Dia terima kembali.
Sungguh tulus dan mulia hatimu Sayang.

Sekarang.
Walau dia dah terima aku kembali
Kedaan sudah tidak sama. Aku pasti itu.
Semuanya berubah.
Tidak. Bukan hatinya. Aku tidak pernah meragui hatinya.
Kerana aku pasti cinta dan sayang dia masih untuk ku.
Tetapi;
Hubungan ini. Hubungan ini yang sudah tidak sama.
Percaya dia padaku telah hilang.
Hilang, dan hanya tinggal sebesar zarah untuk Aku betulkan kembali apa yang telah Aku rosakkan.
Yang telah Aku calar dan kotorkan dengan tangan ku sendiri.

Aku sedang menerima KARMA ku sekarang.
Sakit. Pedih. Seksa yang maha hebat. Jujur aku katakan.
Sekarang, aku tahu betapa sakitnya dia dahulu kala aku tinggalkan dia terkontang kanting meneruskan hidup dengan hati yang terluka, pedih, HANCUR!
Sakit Ya AllAH!
Dulu Aku lupa, Aku alpa.
Manusia tak selamanya akan menongkat ke langit, satu hari nanti kita akan jatuh tersungkur ke bumi. Jatuh, tersungkur, dan mungkin terngadah untuk bangun.
Aku sedang lalui itu.
Kalau ini harga yang perlu aku bayar, tidak mengapa.
Aku redha, Aku pasrah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bersyukur padamu kerana kau telan kurniakan kepadaku Insan yang sungguh mulia hatinya Ya Allah.
Aku mohon ampun kerana aku telah menyakiti dia Ya Allah.
Aku telah mungkiri janji kami, janji aku dan dia untuk sama pulang ke jalan mu.
Aku tinggalkan dia setelah aku bawa dia ke dalam dunia ku yang kotor hitam lagi jijik ini.
Ampunkan aku.
Ya Allah, aku pinta kau beri kepadaku kekuatan untuk ku betulkan kembali apa yang telah aku rosakkan.
Tolong aku untuk pimpin dia kembali.
Semoga kami kembali ke jalan mu yang lurus suatu hari nanti.
Insyaallah. Amin.

P/s: untuk KAU.
Hari ini hari kau.
Kau akan dapat apa yang kau buat.
Dunia ini bagai roda.
Tidak selamanya kau kat atas.
Tidak mengapa, berseronok lah selagi kau boleh.
Aku penat.
Aku penat mengajar orang yang otaknya sudah tepu dan sebal seperti kau ini.
Aku lelah. 
Umpama aku sedang mengajar seekor BABI supaya berjalan seperti KETAM.
Mana aku bisa.
Buatlah. Teruskan permainan kau ini.
Aku hanya mampu berdoa kau akan sedar.
Satu hari kau akan terima balasan yang setimpal dengan apa yang kau buat.
Allah itu maha adil. Apa yang kau buat hari ini kau akan dapat balasanya nanti.
Dan kepada kau juga, 
Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab kau dah ajar aku jadi kuat.
Jadi seorang yang sabar.
Sabar sangat-sangat! :)

Wednesday, 19 June 2013

AKU LELAH.

Penat.
Ya aku penat
Penat dengan kau yang tak berhenti mengejar,
Tak penat kau berlari?
Mengejar yang tak pasti?

Terserah.
Terserah pada kamu apa ingin mu.
Dan aku punya ingin ku.
Ingin ku cuma dia
Titik.

Saturday, 15 June 2013

SIAPA YANG BERSALAH???

Siapa yang salah?
Perempuan? lelaki?
aku? kau?
dia? kamu?
siapa lagi yang ingin ditanyakau kah yang bersalah??
sudah2 lah tu, persoaln ni xkan habis, smpai bila2 pon xkan habis, 
Jangan ditanya soalan yang xkan ade jawapanya, 
Ingin kan perubahan? BANGUN, BANGKIT, buat perubahan
Bukan sibuk cari salah siapa.
Orang yang asyik cari salah siapa dan xnak letak salah pada sendiri adalah orang yg bodoh. pemalas.
Yes, bodoh sebab menafikan kenyataan, xnak wat prubahan, 
Malas sebab fikir diri sentiasa betul dan mgharapkan org yg disalahkan tu wat perubahan.
Common lah! sampai bila? sampai bila sibuk cari salah org? smpai salah sendiri xnampak? kau pk dgn sibuk pk siapa yang bersalah hal boleh selesai ke??? 
Aku xkata perempuan betul, no kami pun ade silap, tapi kau pon ada silap sama.
Bagi aku dalam hal ni 2,2 salah.
Kau nak cakap aku emo? yes aku emo sebab bagi aku kau x adil, kau stereotype dgn kami kaum hawa. 
Aku memang pantang orang stereotype mcm ni lagi dkat kaum aku. HAWA.
Sedarlah, kau da besar, lagi tua dari aku pon. ptotnye kau boleh berfikir lebih matang dari aku.. 
patotnye kau yg menegur aku , bukan aku yg bagi syarahan ni smua..
Kau  sebagai kaum adam. kau yg patot pimpin kami bro..
#shameonyou!
Btul lah kata org, umur x semestinya melambangkan kemtangan seseorg...dan tanpa ilmu, kita xkan kemana2.. Otak kita tetap di situ, xkan berkembang untuk berfikir di luar cakupan otak
Dan aku penat, penat berdebat dgn orang yang xberilmu ni..

"aku mampu berhujah dengan 10 orang yang berilmu, tapi aku pasti kalah dengan seorang yang jahil, kerana orang jahil tidak akan faham landasan ilmu" - Imam as- Syafi'i r.a.

p/s: tq to you sbb wat persepsi aku pada kaum kau x berubah.

                                                           

Wednesday, 12 June 2013

IMPIAN

Buat kalian di luar sana yg sedang membaca entry ini, ingin aku beritahu kamu bahawa aku punya impian.
Ya, impian. Impian yang masih banyak blom aku dapat capai.
impian aku yg terlalu bnyak dan tggi melangit sampai aku pon x tahu dapat direalisasikan atau tak..
Tapi yang pasti IMPIAN antara aku dan dia, akan aku usahakan sehabis baik untuk aku capai impian2 aku ni..


Terlalu banyak impian yang menerawang di fikiran yang ingin aku capai bersama dia.. mungkin korang rase benda ni x worth it, yelah kitorg ni pon "hubungn terlarang" so mcm x berbaloi kalau aku nak ade impian bersama dia?
Ya , mugkin kamu kamu smua yg sdg mmbaca ni akan terfikir macam ni.
X mengapa.
Aku trima. setiap org pemikiranya berbeza.
pensyarah ku pernah berkata;
"setiap apa yang orang utarakan atau cadangkan atau katakan, DENGAR.
Jgn dibunuh ayatnya. Jgn dimatikan ideanya. Jgn dibuang buah fikiranya.
Kerana setiap apa yang orang beri adalah pendapat.
dan pendapat tidak ada yang salah atau betul.
Semuanya terpulang kepada si pendengar untuk menilai. untuk bersetuju atau membangkang."
Oleh itu aku trima jika kamu fikir impian aku bersama dia tidak berguna.
Kerna aku x pernah fikir macam tu sebab bagi aku selama aku bersama dy, smua yg kami buat bersama adalah perkara yang sangat bernilai.
Dan ape yg dia wat untuk aku xkan ade orang yang mampu wat mcm mane dy wat, lau ade pon x sama, nilai tu xkan sama. TIDAK samasekali.
oleh itu, aku nak tunaikan impian aku bersama dia dan impian ni bukan aku sorang sahaja yg mengimpikanya tetapi dia juga. Impian ni bukan sahaja impian dari seorang kekasih dan sebagai kekasih, tetapi impian ni jugak impian seorang sahabat, seorang Bff, dan seorang soulmate.

Antara impian kami:

  • Mempunyai Rumah bersama. tinggal bersama. :)
  • Ada kereta.
  • Pergi honeymoon luar malaysia. (honeymoon, ayt xleh blah) :p
  • ambil anak angkat.
  • cukuplah kot. xkan nak gtau smua kan? hehe :)
ok impian yg kat atas ni smua nampak bnyak yg cliche right? haha peduli hapa. kami jugak manusia dan kami juga punya rasa seperti orang lain. Persetankan ape yg di luar pikir. itu tidak penting. mereka xkan faham. dan susah untuk difahamkan dan xpernah mmberi peluang untuk kami memahamkan, so what? biarkan sahaja mereka. 

tapi yang paling aku dan dia impikan sangat2 ialah
 
KAMI BERUBAH BERSAMA - SAMA KE JALAN YANG SEBENAR DAN KAMI BERJUMPA SEBAGAI SAHABAT DI SYURGA KELAK. 
mohon kalian smua doakan ya?

Bukan kami x berusaha berubah. kami usaha. dan masih berusaha. walau kami ada tersungkur kembali dan sekarang pon masih tersungkur. tapi kami xkn bhenti usaha. bukan mudah untuk berubah dan sungguh berliku jalanya. tapi satu yang aku dan dia pegang, BIAR JATUH BERKALI KALI TETAPI BANGKIT SEMULA. JANGAN JATUH SEKALI TAPI TERUS MENYERAH. 
 Tidak. aku dan dy xkan mnyerah. bukan kami x fikir ni smua. lagipun smpai bila mahu hidup macam ni kan? huhu..
Jadi. kalian kalian smua. Doakan lah ya? hanya allah yg dapat membalas jasa baik kalian di atas doa kalian. :)


p/s: happy 1 year and 7 months anniversary syg. ILYSFDM ! <3