Thursday, 27 June 2013

PENYESALAN & KARMA

Sesal.
Benda yang sedang aku lalui sekarang.
Terlalu banyak penyesalan aku.
Kalau aku coretkan di sini, ah terlalu banyak yang aku ingin ungkapkan.
Dari mana aku patut mula? hmm, biarlah aku mula dengan macam mana hal ini terjadi,
Bagaimana penyesalan ini sekarang menghantui hidupku.
Menjadi momok yang menguasai pemikiranku sekarang.

Aku curang. Ya, aku CURANG.
Curang dengan Dia yang selama ini SETIA dengan aku.
Dia tak pernah menduakan aku.
Malah dia sayang dan percaya kan aku sepenuh hatinya.
Tapi, apa yang aku lakukan?
Aku curang. Aku duakan kasih dia. Aku ragut kepercayaan dia.
Aku sendiri tertanya-tanya mengapa aku sanggup lakukan hal sedemikian.
Dia baik. Dia Setia. Dia penyayang.
Tapi aku robek hati dia. Aku lukakan, aku hiris hatinya.
Sungguh tegar aku.
Aku BENCI dengan driku.

Punca?
Sikap aku sendiri.
Baran.
Ya baran, aku seorang yang panas baran. Kerana baran aku lakukan semua ini.
Aku terlalu ikut kata hati. Aku terlalu pentingkan diri. Aku terlalu inginkan kebebasan, kononya!
Tapi keinginan aku yang bodoh inilah yang telah meragut kebebasan aku sebenarnya sekarang.

Dia?
Dia penuh tabah lalui liku-liku hidup, sisi hitam yang aku cipta dalam hidup dia.
Aku rampas kebahagiaan dia.
Tetapi dia tak mengalah. Tak pernah.
Malah dia masih mencintai aku. Menyayangi aku setulus hati dia.
Allah. Sungguh mulia hatimu.
Aku malu pada kau. Aku malu dengan diriku sendiri yang perangainya seperti;
Iblis. Binatang.
Dia terima aku kembali.
Ya, Aku yang hina ini, yang hitam hatinya, yang busuk, yang kotor hatinya ini, Dia terima kembali.
Sungguh tulus dan mulia hatimu Sayang.

Sekarang.
Walau dia dah terima aku kembali
Kedaan sudah tidak sama. Aku pasti itu.
Semuanya berubah.
Tidak. Bukan hatinya. Aku tidak pernah meragui hatinya.
Kerana aku pasti cinta dan sayang dia masih untuk ku.
Tetapi;
Hubungan ini. Hubungan ini yang sudah tidak sama.
Percaya dia padaku telah hilang.
Hilang, dan hanya tinggal sebesar zarah untuk Aku betulkan kembali apa yang telah Aku rosakkan.
Yang telah Aku calar dan kotorkan dengan tangan ku sendiri.

Aku sedang menerima KARMA ku sekarang.
Sakit. Pedih. Seksa yang maha hebat. Jujur aku katakan.
Sekarang, aku tahu betapa sakitnya dia dahulu kala aku tinggalkan dia terkontang kanting meneruskan hidup dengan hati yang terluka, pedih, HANCUR!
Sakit Ya AllAH!
Dulu Aku lupa, Aku alpa.
Manusia tak selamanya akan menongkat ke langit, satu hari nanti kita akan jatuh tersungkur ke bumi. Jatuh, tersungkur, dan mungkin terngadah untuk bangun.
Aku sedang lalui itu.
Kalau ini harga yang perlu aku bayar, tidak mengapa.
Aku redha, Aku pasrah.

Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku bersyukur padamu kerana kau telan kurniakan kepadaku Insan yang sungguh mulia hatinya Ya Allah.
Aku mohon ampun kerana aku telah menyakiti dia Ya Allah.
Aku telah mungkiri janji kami, janji aku dan dia untuk sama pulang ke jalan mu.
Aku tinggalkan dia setelah aku bawa dia ke dalam dunia ku yang kotor hitam lagi jijik ini.
Ampunkan aku.
Ya Allah, aku pinta kau beri kepadaku kekuatan untuk ku betulkan kembali apa yang telah aku rosakkan.
Tolong aku untuk pimpin dia kembali.
Semoga kami kembali ke jalan mu yang lurus suatu hari nanti.
Insyaallah. Amin.

P/s: untuk KAU.
Hari ini hari kau.
Kau akan dapat apa yang kau buat.
Dunia ini bagai roda.
Tidak selamanya kau kat atas.
Tidak mengapa, berseronok lah selagi kau boleh.
Aku penat.
Aku penat mengajar orang yang otaknya sudah tepu dan sebal seperti kau ini.
Aku lelah. 
Umpama aku sedang mengajar seekor BABI supaya berjalan seperti KETAM.
Mana aku bisa.
Buatlah. Teruskan permainan kau ini.
Aku hanya mampu berdoa kau akan sedar.
Satu hari kau akan terima balasan yang setimpal dengan apa yang kau buat.
Allah itu maha adil. Apa yang kau buat hari ini kau akan dapat balasanya nanti.
Dan kepada kau juga, 
Aku ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab kau dah ajar aku jadi kuat.
Jadi seorang yang sabar.
Sabar sangat-sangat! :)

1 comment:

  1. aik?panas baran rupenya~...jauh2kan sikap itu zarul zar..awak mesti membetulkan kembali sikap awak itu.belajarlah jadi gentleman....dan penyayang..lambat laun,diana maafkan.awak tau...awak mcm ex-friend saya tau.dia pengkid tapi banas baran.tapi apakan daya...dia tetap buat sikapnya tue sampai sekarang,walaupun.saya dah tegur dan beri nasihat.dia jawab.dia tak kisah!!..so,ieda abaikan jeee..

    ReplyDelete